nuffnang ads

ini lah aku,,,weee..=)

ini lah aku,,,weee..=)
aku ingin melakukan sesuatu perkara yang sering orang lain buat,,aku cuba,,cuba,,dan akan mencuba tuk trs mendapatkan nye,,dan akhirnye aku akan mendapat penjelasan yang tepat,,adekah susah atau senang,,

jam dinding

Wavy Tail

I made this widget at MyFlashFetish.com.


glitter-graphics.com

lets go my friends follower me...

Ahad, 31 Julai 2011

bulan puase menjelma lagi,,,,weeeee,,hapy + sad...toing,,toing,,toing,,

assalamualaikum,,dan salam 1 malaysia...


halooo kawan2 yg sudah menjadi follower aku,,,thanks byk2 k,,dah follow aku nyek blog x berape best nie,,hihi,,jujur k,,mmg x best pon,,p lantak lah,,yg ptg aku dpt meluahkan ape yg aku nak luah kan,,korg ske ke o x ke TER-pulang kpd korg,,hihi,,yg ske tuh thanks allot k,,kos ske bce isi TER-sirat n TER-surat yg aku tulis nie,,hihih,,


di sini aku nak ucapkan selamat berpuase kepada diri aku sdri,,,keluarge aku,,kawan2 aku d johor,,melaka,,n facebook,,makcik2 pakcik2 aku,,sedara mara aku,,n muslimin dan muslimat sekalian,,=)



Dpt twrn! xsbar nk msok U..

Kemasukan Baru ke Universiti Sesi 2011
Tarikh:1 Ogos 2011
Nama Universiti:Universiti Ramadhan Al-Mubarak
...Course wajib:Berpuasa
Course special:Terawih
Course tambahan:Baca Al-Quran, zikir, solat sunat, sedekah n etc.
Kelulusan:Ijazah takwa
Konvo:1 Syawal

*Extra:Tawaran melanjutkn pgajian ke peringkat master
Course:Puasa 6..
Jom join !! :D
"BULAN RAMADHAN WADAH UTK BRHIJRAH & BRUBAH"


aku x tau nak cte cm ner,,p aku akan mulakan cte mengenai bulan puase yg akan menjelma x lama lgi,,tgl sehari shje g,,ya allah cepat nye masa berlalu,,cm  x rase dah nak bulan ramadhan,,allahhuakbar,,,allah maha besar lagi maha tinggi,,,


kebaikan bulan puase adalah
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan niat. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.



Ramai juga orang di zaman moden ini yang berpuasa atas sebab-sebab kesihatan, sama ada untuk menjalani pemeriksaan/pembedahan atau untuk menyihatkan badan.
Satu contoh yang utama ialah apabila pesakit dikehendaki berpuasa selama beberapa jam sebelum menjalani pembedahan atau prosedur-prosedur yang memerlukan penggunaan ubat bius. Ini kerana makanan di dalam perut boleh mengurangkan keberkesanan ubat bius itu. Satu lagi contoh ialah apabila menjalani sesetengah pemeriksaan kesihatan, biasanya kita akan diminta berpuasa supaya garis dasar (baseline) dapat dikenal pasti.
Ada juga orang yang berpuasa sebagai salah satu cara berdiet. Biasanya mereka perlu berpuasa agak lama, sekurang-kurangnya seminggu sebelum ia berkesan. Namun, mereka mungkin masih mengambil makanan sihat, seperti jus buah-buahan ataupun sayur-sayuran.
Sebuah kajian yang agak baru ke atas tikus mendapati bahawa berpuasa selang sehari, dan memakan dua kali ganda lebih banyak pada hari-hari tidak berpuasa memberikan kawalan insulin yang lebih baik dan ketahanan neuron daripada kecederaan. Kesan-kesan ini hampir sama dengan tikus-tikus yang diberi diet kalori terhad. Ini mungkin bermakna berpuasa selang sehari merupakan satu alternatif kepada pengehadan kalori untuk hidup yang lebih sihat dan lama.
Ini adalah kerana badan manusia menggunakan lebih kurang satu pertiga keseluruhan tenaga semasa masa jaga. Apabila badan sentiasa menggunakan tenaga tetapi tiada makanan yang diambil, badan manusia akan mencari sumber tenaga yang lain, seperti glukosa daripada simpanan glikogen di dalam limpa, asid lemak daripada lapisan lemak yang disimpan, dan akhirnya daripada tisu-tisuprotein yang penting. Badan manusia tidak mempunyai masalah untuk bergantung dengan asid lemak, tetapi otak dan sistem saraf bergantung kepada glukosa. Apabila simpanan glukosa ini telah hampir habis, badan manusia mula menghasilkan ketone bodies (acetoactate, hydroxy-butyrate, and acetone) daripada protein. Kehabisan sumber protein ini boleh menyebabkan kematian. Jadi, paradoktor amat menggalakkan pemakanan yang berkhasiat sahaja apabila hendak berpuasa.
Selain itu, terdapat beberapa lagi kebaikan berpuasa untuk kesihatan, seperti:
  1. memberi kerehatan kepada perut untuk meningkatan kecekapan
  2. menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik di dalam darah manusia
  3. mengurangkan/menghapuskan ketagihan terhadap arak dan rokok
Hasilnya, kesihatan manusia akan bertambah baik. Berat badan dan risiko-risiko penyakit yang berkaitan dengan kegemukan dapat dikurangkan, dan umur seseorang itu boleh bertambah panjang.
dripada wikipedia,,,,,

sambungan...
Dalam bulan ramadhan semua umat islam adalah wajib untuk melaksanakan ibadat puasa yang telah diperintahkan pada bulan ramadhan. Puasa adalah menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkannya dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Dengan melatih diri berlapar dan berpuasa akan memberi kebaikan kepada diri manusia.
1. Dapat terhindar diri manusia dari pelbagai jenis penyakit. Ini kerana banyak penyakit yang berpunca dari makanan yang  anda makan. Pada bulan puasa sudah tentu perut kita akan dapat berehat seketika dari menerima pelbagai jenis makanan seperti yang kita makan pada bulan-bulan sebelumnya. InsyaAllah dengan berlapar dan berpuasa akan dapat menjauhkan diri manusia dari pelbagai jenis penyakit.
2. Menjimatkan perbelanjaan dalam kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan terhadap makanan. Selalunya terlalu banyak perbelanjaan yang keluar dalam aktiviti seharian anda jika tidak dikawal. Dengan berlapar atau berpuasa akan dapat mengurangkan perbelanjaan anda yang mungkin banyak dalam perbelanjaan membeli makanan. Oleh itu ia dapat menjmatkan kos perbelanjaan seharian anda.
3. Dapat menghindarkan diri dari melakukan maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu manusia. Apabila seseorang berada dalam kekenyangan maka syaitan akan mudah masuk ke dalam hati mereka dan semakin mudahlah seseorang akan mengikut hawa nafsu. Dalam keadaan lapar nafsu manusia akan menjadi lemah dan akan dapat menghindarkan diri seseorang dari melakukan kemaksiatan. Sebab tu apabila seseorang berpuasa maka keinginan untuk mengikut hawa nafsu akan berkurangan.
4. Hati akan mudah untuk berasa khusyuk dalam solat kerana pintu godaan syaitan telah tertutup. Hati manusia susah untuk khusyuk kerana syaitan yang selalu menggoda. Apabila manusia berada dalam kekenyangan, ia adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia. Maka, berlapar adalah cara terbaik untuk menjaga hati dari godaan nafsu dan syaitan.
5. Memberi keinsafan dalam diri kerana mengingatkan kepada fakir miskin yang selalu berada dalam keadaan kelaparan. Setiap hari golongan yang tidak berkemampuan seperti fakir miskin berada dalam keadaan kelaparan kerana kesusahan hidup yang mereka alami. Walaupun anda tidak terlalu kaya tapi sekurang-kurangnya anda cukup makan setiap hari berbanding dengan golongan fakir miskin. Anda perlu bersyukur kepada Allah atas rezeki yang diberikan dan bersedekahlah kepada golongan fakir miskin jika berkemampuan.
Lapar adalah cara terbaik untuk menundukkan hawa nafsu yang selalu bermaharajalela dalam diri manusia. Lapar juga akan menutup pintu hati manusia dari godaan syaitan. Cubalah menahan diri anda dari terlalu banyak makan dan minum dengan cara berpuasa. Berlapar bukanlah sampai menyiksa diri sendiri. Cuma berpada-pada jangan terlalu kenyang kerana makan terlalu banyak dan terlalu kenyang yang akan menyiksa diri sendiri. Hati manusia juga akan menjadi keras jika terlalu banyak makan. Berpuasa adalah cara yang terbaik dan mendapat pahala. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal tiba.
drpada blog layarsukses (dot) com...
ok,,tuh aku cite mengenai puase,,,
sekarang nie cite ttg peribadi aku lak,,hahah,,
bulan puase pd thn nie ade kekurangan dlm keluarge aku,,berbanding sblm2 thn lps,,,,kos ade yg dah kawen,,ade yg ddk uma len,,n sebagai nye,,entah lah,,bg aku...rse nye cm x puas,,kos tgk keluarge len semua nye cukup,,aku,,,seblm2 nie cukup ngan gelak ketawa,,serius n mcm2 lg,,p thn nie,,aku x dpt nak merasa kan suasana puase yg sbnr nye bersama2 keluarge aku,,
1st,,aku kne amik final exam pd 1st ramadhan,,,
2nd..aku still kat melaka,,,ade paper lg,,,
3rd,,aku still kat melaka kos nak puase bersama2 kawan2,,
4rd,,,baru aku lek ke jb,,,hihih,,
5rd-30rd.. x tahu lg sahur n berbuka ngan spe kat uma,,adekah semua nye ade,,atau sebaliknye,,,
aku x dpt merasa kan bulan puase nie adalah bermakna bg aku,,kos adek aku dua org dah kawen,,abah aku,,errrmmm,,x nak cte,,mak,,adek ela n along ade kat uma,,p x tau msg2 ade kat uma ke o x,,aku x tau nak cte cm ner,,sedih kalau aku cte,,puase sblm nie x lah cm nie,,kos wlupon sorg o dua org x dek,,aku still hapy,,p skung nie,,hye allah shje tahu perasaan aku cm ner,,aku nak keluarge aku kembali,,bagaimana aku nak menyatukan keluarge aku apble raya akan menjelma nanti,,adekah msg2 wt hal msg,,o sebaliknye,,ya allah,,aku x tau cm ner nak buat,,,
aku tgk keluarge org len hapy dpt bersahur n berbuka bersama2,,aku,,cume ade mak,,adek ela n along,,klu along ade kat uma lah,,haiiisshhh,,entah ape yg aku fikir kan skung nie ttg keluarge aku,,nak SATUKAN AHLI KELUARGE AKU TUH JERK,,nak tgk cm keluarge yg len,,,,aku kesepian tanpe bapa skung nie,,mak ade,,tp,,ssh nak menjelaskan ttg perangai mak aku nie,,n ssh nak memujuk perangai die,,klu leh semua nye nak ikut ckp die,,ape yg die buat die x nak pikir dlu,,bkn nak slh kan mak,,p dri sdri dah buat x nampak,,t salah kan org len,,tuh yg ssh sikit nak ckp ttg mak aku,,,wlupon die cm tuh,,die ttp mak aku sehingge aku mati n smpai ke akhir hayat aku,,x kan ade yg leh gti tmpt mak aku,,errmm,,
k lah,,smpai snie lah aku cte ttg mengenai ini,,nak cte lebih sedih,,kang meleleh air mate aku nie,,x perk,aku kne kuat kan dri aku,,spye aku dpt trskan hidup aku nie wlupon byk dugaan yg akan aku tempuhi,,ssh senang aku akan harungi,,doakan kejayaan n keselamatan aku yerk kawan2,,amin,,salam,,=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


glitter-graphics.com
glitter-graphics.com